Wednesday, 9 February 2011

Terpengaruh

Suatu hari seorang Pak Haji membawa bersamanya seekor kambing. Lantas apabila lalu(lewat) pada sebuah kampung(desa), orang-orang kampung memandangnya dengan penuh hairan..."Hai Pak Haji! Kenapa kamu bawa babi??!!". Pak Haji kehairanan..Dalam hatinya berkata "Saya ini bawa kambing...kenapa dikatakan babi?".

Sampai ke kampung(desa) yang kedua, kejadian yang sama juga berlaku. Orang-orang kampung memandangnya dengan penuh hairan..."Hai Pak Haji! Kenapa kamu bawa babi??!!" Pak Haji sudah mulai goyang hatinya...Dalam hatinya berkata "Saya ini bawa kambing...kenapa dikatakan babi?". Begitulah seterusnya apabila beliau melalui(melewati) kampung(desa) ke ketiga.

Kesudahan ceritanya...? Ada 2 aja kemungkinan....Pak Haji itu mengikut kata-kata semua orang kampung lalu kambingnya dibuang...ATAU...tetap dengan keyakinan yang dibawanya adalah kambing yang sampai di rumah boleh disembelih dan dibikin sate! heheh

Moral of the story : Kita harus punya keyakinan yang kuat tentang apa yang kita miliki (QHJ) walaupun semua orang disekeliling kita mengatakan itu-ini. Kerana ingat kebenaran itu bukan terletak pada suara ramai. Dan kalau kita membuang apa yang telah kita punya (hidayah) hanya kerana gara-gara mahu memenuhi kehendak orang ramai..yang rugi ialah diri kita sendiri.

Kalau ada yang mahu nambah/ngoreksi ceritanya silakan :)

1 comment: